Friday, May 1, 2009

KELUARGA AKU

3 Jun 1994, aku bernikah dgn suamiku di Pantai Dalam, KL. 3 jun 2009 yg lepas, dah 15 thn kami melayari bahtera rumah tangga. Biasalah resam alam perkahwinan, ada bahagia, ada duka, ada tawa, ada tangis. Alhamdullillah, setakat ni kami menempuh segalanya dgn tabah disertakan dgn iman di hati. 15 thn x 12 bln x 30 hr......berapa lama kami menempuhinya. Cuma hari2 yg bakal mendatang, kami perlu memperkemaskan diri sebab dunia hari ini terlalu byk dugaannya.

Selama 15thn, kami dikurniakan 4 cahaya mata, 2 lelaki 2 perempuan. Mungkin itu sahaja rezeki yg tuhan bg, aku tak tahu lagi. Tapi secara peribadinya aku rasa cukup le 4 org je. Kata org dah cukup "korum". Nak membesarkan anak di zaman yg penuh cabaran ni, perlu pengorbanan yg berlipat kali ganda dari zaman kita kanak2 dulu. Kita didik dgn betul, takut lak pengaruh kawan2 melebihi segala2nya. Aku didik anak2 ku, 2 dlm 1....maksudnya aku campurkan cara didikan ibu bapaku dulu dgn cara didikan sekrg ni. Yg paling aku tekankan ialah didikan agama. Bagi aku biarlah anak2ku kurang pandai dlm bab pelajaran sekolah asalkan hal2 agama mereka arif. Tapi aku imbangkan kedua2nya, dunia dan akhirat. Setakat ni, alhamdulillah berjln seperti yg aku mahukan.

TENTANG SAYA

Dilahirkan di Kuala Kangsar,Perak, dibesarkan di Selangor bersekolah di banyak tempat. Kat Petaling Jaya, kat Sungai Way, kat Seremban. Habis SPM, belajar kat ITM (skrg ni UITM), 2 thn kat Kelate, 1 thn kat Johor. Lepas grade, keje kat satu courier company. 4 thn kat sana, aku stay kat rumah. 6 bln tanpa keje, kesian laki aku. Tapi nak tampung duit belanja, aku belajar berjimat. Masa tu tgh pregnant 2nd baby, 6 bln lepas tu baru aku jadi warga bank.

Aku ada 2 adik, sorang lelaki & sorang pompuan. Masing-masing pun kerja bank.